Ranieri lulus ujian pertama - Utusan Malaysia

Ranieri lulus ujian pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 12 Mac – Claudio Ranieri memulakan tugas selaku ketua jurulatih Roma dengan langkah kanan apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Empoli dalam usaha mereka menempatkan

diri empat pasukan teratas liga, tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dua gol Roma yang dijaringkan El Shaarawy dan Patrik Schick pada 45 minit pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka dalam aksi yang berlangsung

Memuatkan artikel berkaitan…

di Stadio Olimpico manakala gol tunggal pelawat berpunca daripada jaringan sendiri Juan Jesus.

Roma berada di tangga kelima dan hanya ketinggalan tiga mata di belakang Inter Milan, slot terakhir ke kejohanan berprestij di Eropah.

Ranieri bukan nama asing dalam kalangan penyokong Roma kerana sebelum ini dia pernah membimbing kelab tersebut selama dua musim bermula pada 2009.

Sebelum ini, Roma memecat Eusebio Di Francesco selepas penyingkiran pasukan tersebut daripada saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Ranieri juga bekas pemain Roma turut menerima sokongan daripada penyokong yang menggantungkan kain rentang ‘Selamat maju jaya Tuan Ranieri’.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat, mereka memberi bantuan (sokongan) dengan baik pada petang ini (semalam).

“Saya tidak menjangkakan kami dapat bermain dengan baik sebab sebelum ini pasukan berdepan tekanan dan masih teringat dengan kekalahan baru-baru ini.

“Bermain satu pasukan kerana kami tidak mempunyai ramai pemain dan tanpa pemain ternama, gol pembukaan memberi hala tuju kepada pasukan,” kata bekas jurulatih Leicester dan Chelsea itu.

Kapten Roma, Daniele De Rossi, Kostas Manloas, Lorenzo Pellegrini dan Cengiz Under tidak beraksi akibat kecederaan manakala Edin Dzeko, Federico Fazio dan Aleksandar Kolarov pula digantung perlawanan.

Roma akan bertemu SPAL dalam aksi Serie A minggu depan tanpa kehadiran Florenzi yang digantung perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua ketika permainan berbaki 10 minit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini