Peniaga runcit ditetak putus tangan - Utusan Malaysia

Peniaga runcit ditetak putus tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang peniaga kedai runcit putus tangan kirinya setelah ditetak oleh seorang lelaki di sebuah kedai di Pekan Kabong, Saratok, Sarawak kelmarin.

Ketika kejadian pada pukul 10.30 malam itu, mangsa berusia 25 tahun cedera parah setelah diserang seorang individu tidak dikenali yang memasuki kedai runcitnya.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mordani Tanin berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 24 tahun itu meluru masuk ke kedai mangsa dengan membawa sebilah parang panjang lalu menyerang mangsa.

“Mangsa ditetak berkali-kali oleh suspek yang tidak sempat melarikan diri dan hanya mampu menghalang serangan menggunakan tangan.

“Serangan suspek menyebabkan tangan mangsa dari hujung jari hingga pergelangan tangan putus,” katanya.

Mordani memberitahu, mangsa dipercayai terkejut dengan serangan itu dan difahamkan tidak mengenali suspek.

“Suspek didakwa telah menetak mangsa sebanyak tiga kali dan terpaksa di kejarkan ke Klinik Kesihatan Kabong sebelum dirujuk ke Hospital Sarikei dan keadaannya dilaporkan stabil,” ujarnya.

Sementara itu, Mordani menambah, suspek telah ditahan setelah diserahkan oleh ahli keluarga suspek sendiri.

“Suspek ditahan sendiri oleh bapanya setelah dimaklumkan oleh beberapa saksi mengenai insiden terjadi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Katanya, punca sebenar serangan masih lagi dalam siasatan dab kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×