WASHINGTON 12 Mac – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) mengarahkan syarikat Boeing agar melakukan perubahan dengan kadar segera terhadap pesawat Boeing 737 MAX 8 susulan insiden terbaharu membabitkan pesawat tersebut di Ethiopia baru-baru ini.
FAA ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional serta berkemungkinan akan berkongsi maklumat keselamatan melibatkan pesawat itu.
“Sekiranya kami mengenal pasti isu yang menjejaskan keselamatan, FAA akan mengambil langkah segera dan sewajarnya,” kata FAA dalam satu kenyataan dikeluarkan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











