Kompany kagum dengan Sterling - Utusan Malaysia

Kompany kagum dengan Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mac – Vincent Kompany menyifatkan Raheem Sterling sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia selepas membuat hatrik dalam tempoh 13 minit untuk menang 3-1 ke atas Watford.

Kemenangan di Etihad semalam membolehkan City kekal selaku pendahulu dengan 74 mata, lebih satu mata di depan tempat kedua Liverpool dalam carta perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris.

“Dia sungguh menakjubkan kerana dia sangat bergelut bersama City pada tahun pertamanya. Dan kemudian Pep (Guardiola) hadir ke City, sejak daripada itu dia semakin hari semakin bagus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, dia adalah seorang pemain sayap yang terbaik di dunia. Dia sangat penting bagi kami. Memiliki kelincahan untuk memecah banyak benteng pertahanan, dan ia bukti dia merupakan pemain paling, paling, paling…hebat.

“Dalam perlawanan sebegini yang dilihat mencabar, penyokong dapat saksikannya sendiri persembahan Raheem,” kata Kompany, yang terlibat dalam lima perlawanan terakhir.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×