Hafizh akui misi tersasar di Qatar - Utusan Malaysia

Hafizh akui misi tersasar di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jentera baharu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah beri tamparan hebat terhadap prestasinya di perlumbaan pertama kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qatar pada Ahad.

Hafizh Syahrin mewakili pasukan Red Bull KTM Tech 3 menamatkan perlumbaan di tempat tercorot dengan catatan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakan sepasukannya Miguel Oliveira dari Portugal berada di kedudukan ke-17, 42:53.279s.

“Alhamdullilah, saya dapat menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama musim ini. Saya akui keputusan yang diperoleh bukan seperti yang disasarkan. Saya masih tidak dapat rentak dengan jentera ini. Ia amat sukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta maaf kepada penyokong dan pasukan atas prestasi tidak memberangsangkan pada perlumbaan pertama ini. Saya amat menghargai sokongan anda. Saya akan teruskan usaha dan bekerja keras lagi selepas ini,” katanya dalam akaun Instagram @hafizh_syahrin hari ini.

Perlumbaan itu dimenangi oleh pelumba Itali, Andrea Dovizioso daripada pasukan Mission Winnow Ducati dengan catatan masa terpantas 42:36.902s diikuti juara dunia bertahan, Marc Marquez dari Sepanyol (Repsol Honda Team) ditempat kedua dengan 42:36.925s.

Cal Crutchlow dari Great Britain (LCR Honda Castrol) melengkapkan podium dengan catatan masa 42:37.222s, menurut laman web www.motogp.comhari ini.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×