Saya senang bahagia, terima kasih Pak Jokowi - Siti Aisyah - Utusan Malaysia

Saya senang bahagia, terima kasih Pak Jokowi – Siti Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 11 Mac – Siti Aisyah yang dibebaskan berhubung kes pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam akhirnya kembali ke Indonesia, hari ini setelah ditahan selama dua tahun, 23 hari di Malaysia.

“Perasaan saya senang bahagia, sukar untuk diungkapi dengan kata-kata,” kata Siti Aisyah dalam perjumpaan bersama media di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur, hari ini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh Jong-nam dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siti Aisyah pada masa sama mengulangi ucapan terima kasihnya kepada kerajaan Indonesia selain mengaku diberi layanan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Terima kasih buat Presiden kita, Pak Jokowi (Joko Widodo), terima kasih menteri-menteri yang menolong saya sampai sekarang ini saya berada di Indonesia selain sokongan media. Selepas ini jumpa keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Siti Aisyah mengaku terkejut berhubung pembebasannya daripada kes itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini