Conteng dinding kedutaan Korea: 4 lelaki diburu - Utusan Malaysia

Conteng dinding kedutaan Korea: 4 lelaki diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 11 Mac – Polis sedang mengesan empat lelaki kerana bertindak menconteng dinding bahagian luar kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kesemua suspek yang mempunyai fizikal tinggi dan memakai topi serta penutup muka itu telah menconteng dinding tersebut menggunakan tulisan Korea.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, hasil siasatan mendapati, tulisan terbabit bermaksud “bebaskan Korea”.

“Kita sedang menterjemah beberapa simbol lain yang terdapat di dinding tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kesemua suspek belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ruslan, pihaknya tidak menolak kemungkinan penglibatan budak-budak nakal dalam kes tersebut.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat pihak kedutaan di Balai Travers, di sini sebaik sahaja kejadian itu.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat kepada harta benda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini