Dalang utama insiden Kashmir mati - Utusan Malaysia

Dalang utama insiden Kashmir mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 11 Mac – Seorang lelaki yang dipercayai dalang utama di sebalik serangan bom berani mati di Lethpora di daerah Pulwama, selatan Kashmir yang mengorbankan 42 anggota tentera, bulan lalu adalah antara dua pengganas yang mati dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan tentera India, malam tadi.

MUDASIR AHMED KHAN

Lapor agensi berita ANI, jurucakap rasmi kerajaan India memberitahu, ahli kumpulan penganas Jaish-e-Mohammad (JeM), Mudasir Ahmed Khan atau lebih dikenali sebagai Mohd. Bhai itu dilaporkan mati bersama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Khalid dalam serangan di selatan Kashmir itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan maklumat unit risikan, Mohd. Bhai bertanggungjawab mengatur strategik insiden serangan bom berani mati itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini