261 pelajar PPKI sertai merentas desa - Utusan Malaysia

261 pelajar PPKI sertai merentas desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 11 Mac – Meskipun dengan serba kekurangan, keinginan untuk menyertai aktiviti riadah sama seperti insan normal lain tidak pernah terpadam dan hari ini hasrat golongan istimewa ini menjadi realiti.

Seramai 261 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyertai Kejohanan Merentas Desa PPKI peringkat daerah Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah di sini hari ini.

Mereka yang mewakili 12 buah sekolah menengah dan 25 buah sekolah rendah dibahagikan kepada kategori junior lelaki dan perempuan selain senior perempuan serta senior lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kategori senior lelaki, ia melibatkan jarak sejauh 6 kilometer manakala senior perempuan pula sejauh 4 kilometer.

Tiga pemenang dari setiap kategori yang dipertandingkan akan dipilih untuk mewakili daerah Besut ke kejohanan peringkat negeri yang bakal diadakan di Kuala Berang, Hulu Terengganu tidak lama lagi.

Pegawai Ko-Kurikulum Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan negeri, Asohan Embong hadir bag menyempurnakan majlis perasmian penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini