Motosikal tersangkut pada talian elektrik setinggi 10 meter - Utusan Malaysia

Motosikal tersangkut pada talian elektrik setinggi 10 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 11 Mac – Sebuah motosikal Honda tersangkut pada talian elektrik setinggi sekitar 10 meter dalam kemalangan yang mencederakan beberapa orang di daerah Kap Choeng, malam tadi.

Bangkok Post melaporkan, impak kemalangan tersebut menyebabkan motosikal yang dibawa menggunakan sebuah pikap terbang ke udara sebelum tersangkut pada talian elektrik bervoltan tinggi itu.

Menurut saksi kejadian, pikap itu dikatakan cuba mengelak motosikal yang ditunggang melawan aliran trafik sebelum berpusing lalu terbalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lima orang mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kabchoeng dan polis sedang membuat siasatan lanjut bagi kemalangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini