Segeralah bertaubat! - Utusan Malaysia

Segeralah bertaubat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak layak membuat sebarang tuntutan yang boleh menjerumus kepada perbuatan songsang kerana bertentangan dengan kesucian serta martabat agama Islam.

Ketua Wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Foziah Nawawi berkata, golongan itu sebaliknya perlu menginsafi perbuatan mereka dan bertaubat sebelum terlambat.

“Sambutan dan perarakan yang dibuat sempena Hari Wanita Sedunia yang bertemakan ‘Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan’ memanglah baik tetapi tindakan puak-puak LGBT memanipulasi dan menyertai himpunan itu amatlah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Puak LGBT telah menggunakan perhimpunan itu untuk mempromosi agenda LGBT dan sepanjang perarakan itu mereka melaungkan tuntutan-tuntutan dan agenda LBT berulang kali dan ini tidak patut dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Wiranita Perkasa menggesa agar puak-puak LGBT segera insaf dan bertaubat nasuhalah sebelum terlambat.

“Masa masih ada untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan perjuangkan perkara yang sesat, berdosa dan sia-sia,” ujarnya.

Sabtu lalu, dalam satu himpunan dan perarakan penyokong LGBT melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia namun kelibat penyokong LGBT mencemarkan perarakan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini