Bersedia untuk bangkit - Ronaldo - Utusan Malaysia

Bersedia untuk bangkit – Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 11 Mac – Juventus bergantung harap kepada Cristiano Ronaldo untuk bangkit daripada ketinggalan apabila mereka akan bertemu Atletico Madrid dalam aksi timbal balik kalah mati Liga Juara-Juara di laman sendiri, esok.

“Kami tidak menjangkakan kekalahan 0-2 namun apa-apa pun boleh berlaku dan kami perlu bertindak balas dengan baik di laman sendiri, di depan penyokong kami.

“Ini adalah malam terbaik kami, malam Liga Juara-Juara. Kami sudah yakin untuk beraksi dengan lebih baik, begitu juga dengan saya. Kepada pemain saya ingin anda kekal

Memuatkan artikel berkaitan…

fikir positif dan terus mempercayai kami. Bersedia untuk bangkit,” kata Ronaldo.

Juara tujuh kali Itali itu membeli pemain berusia 34 tahun tersebut dengan nilai 100 juta euro (RM459 juta) dari Real Madrid pada musim panas lalu dalam usaha mereka menamatkan kemarau Liga Juara-Juara selama 23 tahun.

Ronaldo menjaringkan gol untuk Real dalam aksi suku akhir di Turin pada April lalu sekali gus menyebabkan Juve tersingkir daripada kejohanan berprestij di Eropah itu.

Harapan tinggi diberikan kepada Ronaldo apabila dia turut meledak gol hatrik ketika membantu Real menewaskan Wolfsburg pada April 2016 selepas kelab dari Sepanyol itu ketinggalan 0-2 dalam aksi pertama.

Juventus terpaksa bangkit daripada ketinggalan dalam lapan perlawanan Liga Juara-Juara termasuk suku akhir 1996 ketika menewaskan Real, kali terakhir kelab Itali itu memenangi kejohanan tersebut.

Kali pertama Juventus memenangi kejohanan tersebut pada 1985 dan selepas itu mereka sekadar menamatkannya di tempat kedua dalam lima penampilan di pentas akhir termasuk dua kali dalam tempoh empat tahun terakhir ini.

Ronaldo memenangi Liga Juara-Juara sebanyak lima kali ketika bersama Manchester United dan Real telah menjaringkan 121 gol.

Dia menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dalam enam edisi sebelum ini bagaimanapun dia hanya berjaya menjaringkan satu gol pada musim ini apabila menunjukkan aksi di bawah tahap sebenar berbanding ketika bersama Real. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini