LGBT jangan manipulasi hak kebebasan bersuara - Utusan Malaysia

LGBT jangan manipulasi hak kebebasan bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac-Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diberi amaran keras supaya tidak memanipulasikan hak kebebasan bersuara dengan cuba mempromosikan budaya tersebut di negara ini.

Malah, tindakan berkenaan yang secara jelas melanggar fitrah alam dan manusia normal sebenarnya mampu menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr.Muhammad Faiz Na’aman mahu kerajaan bertindak tegas dan pantas bagi mengekang sebarang amalan songsang atau kegiatan termasuk perhimpunan membabitkan golongan LGBT.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Golongan LGBT tidak sepatutnya memaksa konservatif menerima gaya hidup mereka kerana kita masih ada sensitiviti.Ini secara tidak langsung boleh mengundang tindakan provokatif daripada kumpulan berkenaan (konservatif).

“Dalam masa yang sama, kita juga tidak menyokong sebarang keganasan atau diskriminasi terhadap mana-mana pihak termasuk kepada LGBT.Kami hanya tidak mahu mereka mempraktik budaya songsang ditempat terbuka,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.

Dalam satu himpunan dan perarakan Women’s March yang diadakan kelmarin, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini