ISS angkat martabat angkasawan wanita - Utusan Malaysia

ISS angkat martabat angkasawan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 11 Mac – Ketika dunia meraikan Hari Wanita Antarabangsa, hadir berita baharu mengenai golongan itu di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Ang­kasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa dalam masa terdekat, dua angkasawan wanitanya iaitu Christina Hammock Koch dan Anne McClain akan melakukan sesi ‘berjalan di ruang angkasa lepas’ atau ‘spacewalk’.

Menurut NASA seperti dipetik portal berita Press TV, ini merupakan yang pertama apabila hanya angkasawan wanita sepenuhnya mengendalikan dan melakukan sesi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anne yang kini berada di ISS memberitahu, peningkatan jumlah wanita yang kini menjadi angkasawan mampu menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain.

“Tiada lagi alasan, sesiapa sahaja boleh mencapai apa jua impian,” katanya.

Beliau yang juga seorang juruterbang berpangkat Leftenan Kolonel dalam perkhidmatan tentera merupakan graduan Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS) di West Point.

Anne kini dalam misi enam bulan di ISS dan akan bersama Christina yang bakal berlepas ke stesen angkasa lepas itu pada 14 Mac ini.

Christina merupakan seorang jurutera yang bertugas di NASA Goddard Space Flight Center.

Misi ‘spacewalk’ yang dikendalikan sepenuhnya oleh angkasawan wanita itu dijangka pada 29 Mac ini.

Kira-kira 36 tahun lalu, Sally Ride menjadi angkasawan wanita pertama AS dan Svetlana Savitskaya dari Rusia merupakan wanita yang pertama melakukan sesi ‘spacewalk’, 35 tahun lalu.

Menurut NASA, kira-kira 60 wanita telah berjaya menerokai angkasa lepas dan kebanyakannya dari AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini