NTSB hantar pasukan siasatan - Utusan Malaysia

NTSB hantar pasukan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 10 Mac – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pasukan bagi membantu siasatan nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, yang terhempas selepas enam minit berlepas dari Addis Ababa menuju ke Nairobi, Kenya.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu membawa 149 penumpang dan lapan krew kabin.

Laporan terkini menyebut, kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan memberitahu, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 8.44 pagi waktu tempatan selepas berlepas dari ibu negara Ethiopia.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan di lokasi nahas di bandar Bishoftu, sebaik sahaja mendapat laporan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini