Akhirnya bumi Perlis dibasahi hujan - Utusan Malaysia

Akhirnya bumi Perlis dibasahi hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 10 Mac – Selepas hampir tiga bulan berdepan cuaca panas sehingga mencecah 38 darjah celsius, akhirnya bumi Perlis dibasahi hujan hari ini.

Hujan lebat hampir satu jam itu bermula kira-kira pukul 6 petang itu sekali gus memberi kelegaaan kepada seluruh rakyat di negeri ini yang sememangnya menantikan hujan turun.

Dalam tempoh dua bulan terakhir ini, taburan hujan di sekitar Perlis hanya 48.8 milimeter iaitu direkodkan pada 19 dan 20 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selebihnya, Perlis berada pada tahap berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang mencatatkan bacaan suhu antara 35 sehingga 38 darjah celsius sepanjang tempoh tersebut.

Seorang penduduk, Jasmi Abu Bakar, 35, berkata, dia bersyukur selepas hampir tiga bulan akhirnya hujan turun membasahi bumi Perlis.

Katanya, meskipun hujan turun tidak lama iaitu sekitar satu jam namun sekurang-kurangnya dapat membantu menurunkan suhu tinggi yang mencecah 36 sehingga 38 darjah celcius.

“Pada sebelah pagi sehingga pukul empat petang tadi cuaca cukup panas, tak sangka pula hujan turun petang ini. Sepanjang dua tiga bulan ini, cuaca cukup panas di Perlis.

“Saya rasa esok cuaca akan kembali panas seperti biasa kerana mengikut ramalan, cuaca panas dijangka sehingga akhir bulan ini,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini