Bedah siasat anggota badan Nur Aisyah Aleya selesai dilakukan - Utusan Malaysia

Bedah siasat anggota badan Nur Aisyah Aleya selesai dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 10 Mac – Proses bedah siasat anggota badan milik kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang dipercayai mati akibat dibunuh di Kuarters Hospital Langkawi, selesai dilakukan hari ini.

NUR AISYAH ALEYA ABDULLAH
NUR AISYAH ALEYA

Ketua Polis Daerah Langkwi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, proses tersebut dijalankan oleh pakar forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini bermula pukul 11.30 pagi hingga 1 petang.

“Sampel (tengkorak kepala, gigi dan gumpalan rambut) telah dibawa ke Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Jabatan Kimia, pada esok pagi untuk tindakan susulan

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai bedah siasat itu kerana dikhuatiri akan menggangu siasatan yang sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, polis merampas dua penyangkut baju dari rumah suspek di kuarters tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan unsur penderaan terhadap kanak-kanak itu.

Dua suspek iaitu pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu kini direman sehingga 14 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, polis menemukan tengkorak kepala dipercayai milik Nur Aisyah Aleya di kawasan gaung Gunung Raya pada Rabu, susulan tertangkapnya dua suspek terbabit di Ampang, Selangor sehari sebelum itu.

Operasi pencarian bahan bukti di Gunung Raya keesokan harinya menemukan pula dua batang gigi dan gumpalan rambut dipercayai milik kanak-kanak itu yang meninggal dunia sejak pertengahan bulan lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini