Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan bawa harapan baru kepada Sabah - Utusan Malaysia

Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan bawa harapan baru kepada Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usul meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini adalah langkah penting dalam memastikan hak Sabah dalam Perjanjian 1963 (MA63) dikembalikan.

Katanya, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menerajui kerajaan negeri akan berusaha merealisasikan tuntutan hak itu apabila Sabah kembali diiktiraf sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.

“Bagi Sabah, MA63 itu perlu ada perubahan dan diselaras dengan keperluan pembangunan di negeri ini,” katanya pada Majlis Ketua Menteri Sabah bersama Masyarakat Tempasuk, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Katanya, Warisan sedar akan kemahuan rakyat yang mahu nasib mereka dibela selain menikmati pembangunan yang selayaknya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini