Kumpulan WhatsApp eratkan Wanita UMNO dan Muslimat Pas Perlis - Utusan Malaysia

Kumpulan WhatsApp eratkan Wanita UMNO dan Muslimat Pas Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 10 Mac – Kewujudan kumpulan WhatsApp khas Wanita UMNO dan Muslimat Pas negeri ini mengeratkan hubungan antara dua sayap tersebut selain melancarkan gerak kerja kedua-dua parti itu yang saling bantu-membantu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali berkata, kumpulan tersebut diwujudkan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Higlands membabitkan wanita dan muslimat di semua peringkat di negeri ini.

AZIHANI ALI
 

Katanya, kerjasama UMNO dan Pas sememangnya dinantikan sejak dahulu lagi dan akhirnya menjadi kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bersyukur sebab hasrat untuk melihat penyatuan orang Melayu dan Islam direalisasikan dan Alhamdulilah kerjasama semakin erat khususnya melibatkan Wanita UMNO dan Muslimat Pas.

“Kami bekerjasama sejak PRK Cameron Higlands dan Semenyih yang akan diteruskan di Rantau dan pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, diharapkan hubungan antara kedua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu berkekalan.

“Kita punya pendirian sama bukan sahaja kami ingin berkawan dengan Muslimat Pas malah mereka juga mempunyai hasrat sama.
Kerjasama ini lahir daripada hati untuk melihat Islam dan Melayu kembali menguasai negara selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Harmizan Abd. Halim berkata, Pemuda UMNO dan Pas negeri akan mengerakkan sesuatu aktiviti secara bersama selaras dengan kerjasama dua parti tersebut.

“Beberapa perjumpaan telah diadakan antara kedua sayap itu di negeri ini demi penyatuan ummah. Sekarang kita sudah selesa bersama Pas yang dahulunya agak janggal,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini