Putrajaya dilanda ribut - Utusan Malaysia

Putrajaya dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Mac- Beberapa kawasan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilanda ribut kencang petang tadi sehingga menyebabkan pokok tumbang.

Kenderaan rosak dihempap pokok
Kenderaan rosak dihempap pokok 

Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah berkata, ribut dan hujan selama 30 minit itu menyebabkan pokok tumbang di Presint 9 dan Presint 11.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.10 petang dan jentera sampai di lokasi pada jam 6.16 petang dengan kekuatan 18 anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat pokok tumbang yang menghalang laluan jalan utama di Presint 9 dan Presint 11.

“Kerja-kerja pembersihan oleh anggota bomba bermula pada pukul 6.17 petang dan operasi ditamatkan pada pukul 7.58 malam ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Rumah dihempap pokok tumbang
Rumah dihempap pokok tumbang 

Gambar dan video kejadian ribut di Putrajaya itu turut dikongsi oleh kominiti setempat dalam laman Twitter dan juga Facebook ‘Komuniti Putrajaya’.

Sewaktu ribut melanda.-Foto media sosial
Sewaktu ribut melanda.-Foto media sosial 

Menurut gambar yang dikongsi pengguna, terdapat juga pokok tumbang yang menghempap kenderaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini