Kenyataan Kor Ming berbahaya - Mahdzir - Utusan Malaysia

Kenyataan Kor Ming berbahaya – Mahdzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 9 Mac – Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang didakwa meniup api kebencian serta menakutkan masyarakat bukan Islam dengan mengambarkan gabungan Pas dan UMNO akan menjadikan Malaysia seperti Afghanis­tan dahulu diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti membentuk kerajaan, disifatkan cukup berbahaya sekali gus boleh menggugat keharmonian negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, DAP selama ini sering menuduh UMNO dan Pas sebagai rasis, namun hakikatnya parti tersebut yang bersifat perkauman dan terbukti dengan kenyataan menghasut seperti itu.

Katanya, apabila diumumkan secara rasmi Pas bekerjasama dengan UMNO, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang dilihat tidak senang duduk umpa­ma ‘cacing kepanasan’ dengan

Memuatkan artikel berkaitan…
MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID 

penyatuan orang Islam dan Mela­yu ini.

“Selama 60 tahun kita perintah, kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini cukup harmoni dan dalam tempoh itu, tidak ada siapa kata kita memerintah se­perti Taliban.

“Apa yang menjadi masalah apabila Me­layu bersatu sebab kita adalah majoriti. Negara lebih aman dan stabil apabila Melayu tidak berpecah belah. Selama ini, keadaan ekonomi, pendidikan berada dalam cukup baik, bagaimana DAP boleh katakan Malaysia akan jadi seperti Taliban,” kata­nya ketika ditemui di sini hari ini.

Kor Ming dalam satu majlis di Taiping, Perak dilaporkan sebagai berkata, kerjasama UMNO dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang dipe­rintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.

Sebelum ini, Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan kerjasama antara Pas dan UMNO telah ‘mengisytihar­kan peperangan ter­hadap bukan Me­layu’.

Bagaimanapun kenyataan tersebut ditarik balik dan diubah beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman dari­pada warganet.

Sementara itu, Mahdzir berkata, pemimpin DAP tidak sepatutnya menghasut masyarakat Cina dalam program-program mereka supaya membenci Melayu Islam melalui kerjasama UMNO dan Pas.

“Sangat bahaya apabila di maj­lis-majlis masyarakat Cina, pemimpin DAP ini cuba menanam sifat kebencian ini terhadap Melayu.

“Namun dalam majlis kita, apabila pemimpin Melayu menyeru supaya orang Melayu Islam bersatu, kita dikatakan rasis, namun apabila mereka menghasut bukan Islam, tidak pula digelar rasis. Itulah sikap DAP,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini