Empat isu, fitnah belenggu Jokowi - Utusan Malaysia

Empat isu, fitnah belenggu Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 9 Mac – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang bersaing mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya Presiden (Pilpres) 2019 mengakui akan diserang dengan empat isu fitnah.

Menurut beliau, isu dan fitnah itu berkembang luar biasa dalam kalangan masyarakat menjelang pilihan raya itu bulan depan.

Isu itu meliputi penganiayaan terhadap ulama, larangan azan, menyokong perkahwinan sejenis dan menghapuskan pendidikan agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ada orang yang tidak salah kemudian dimasukkan ke dalam penjara, beritahu saya. Tetapi jika salah, harus dihukum kerana negara kita ada undang-undang,” katanya di depan penyokongnya pada acara Deklarasi Alumni Sriwijaya Bersatu di sini seperti dilaporkan Antara.

Jokowi sekali lagi menafikan isu yang mengatakan beliau akan melarang laungan azan.

Jelasnya, isu itu sangat tidak masuk akal kerana Indonesia merupakan negara majoriti beragama Islam.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan tidak akan sesekali menyokong perkahwinan sejenis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini