
IBARAT selebriti Korea sekali pandang. Itulah yang boleh Kekda huraikan mengenai penampilan terkini pelakon, Zoey Rahman.
Dengarnya bukan murah untuk menjadi Zoey ketika ini. Hampir ratusan ribu juga yang diperlukan menjaga keseluruhan dirinya.
Tapi kata Zoey, bukanlah dia laburkan duitnya semata. Dia juga menerima tajaan. Namun apa yang menarik perhatian Kekda bagaimana Zoey sendiri begitu obses dengan kecantikan.
Malah turut melalui pelbagai proses kosmetik dalam menjaga penampilan dirinya.
“Sebagai selebriti dan pemilik produk kosmetik penampilan adalah perkara penting untuk saya. Memang saya obses dengan kecantikan dan dalam masa sama ini membantu tahap keyakinan saya.
“Mungkin dahulu orang lelaki ada pandangan untuk tidak mengenakan bedak asas. Tetapi dalam keadaan sekarang ke mana-mana juga penampilan baik banyak memberi kelebihan,” katanya.
Tambah Zoey, situasi ini sebenarnya biasa di Korea. Lelaki juga kini setanding wanita dalam usaha menjaga penampilan.
Kekda sendiri setuju dengan Zoey. Cuma mahu habiskan ratusan ringgit itu mungkin belum tahap Kekda la ya! Lambat lagi…










