Guna akta sedia ada hukum pihak cemar alam sekitar - Utusan Malaysia

Guna akta sedia ada hukum pihak cemar alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Mac – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) tidak berhasrat menggubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan di bawah akta berkenaan.

Isnaraisah Munirah Majilis
Isnaraisah Munirah Majilis 

Timbalan Menterinya, Isnaraisah Munirah Majilis berkata, akta sedia ada sudah mencukupi untuk mendenda pesalah laku terlibat sebaliknya memerlukan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

“Setakat ini, tidak ada perancangan untuk meminda hukuman. Undang-undang sedia sudah mencukupi, cuma kita mahukan penguatkuasaan di bawah akta dilaksanakan lebih berkesan bagi menangani masalah ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat kejadian kes pencemaran pembuangan bahan kimia secara haram ke Sungai Kim Kim di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan, sama ada pihaknya merancang untuk meminda akta tersebut memandangkan hukuman sedia kini dilihat terlalu ringan sehingga memungkinkan pesalah tidak takut untuk melakukan atau mengulangi perbuatan sedemikian.

Menurut Seksyen 34B akta itu, mana-mana individu yang didakwa dengan kesalahan, boleh didenda maksium RM500,000 dan dipenjara   tidak melebihi lima tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini