Remaja 18 tahun antara ditahan miliki heroin, syabu - Utusan Malaysia

Remaja 18 tahun antara ditahan miliki heroin, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 9 Mac – Seorang remaja berusia 18 tahun bersama rakannya berusia 24 tahun ditahan polis bersama dadah jenis heroin dan syabu di sebuah rumah di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini.

Kedua-dua mereka ditahan ditahan dalam Ops Tapis oleh sekumpulan anggota polis dari Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika ditahan, kedua-dua mereka memiliki dadah dipercayai heroin seberat 41.5 gram dan 0.4 gram syabu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual di dalam pot dadah dan nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan RM1,700,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, ujian air kencing kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis MOP dan methamphetamine dan mereka kini direman tujuh hari bagi membantu diasatan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B; 12(2) dan15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, tegas beliau, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar-pengedar dadah khususnya di daerah ini.

“Sehubungan itu, kita mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini