Remaja dukung warga emas selamatkan dari rentung - Utusan Malaysia

Remaja dukung warga emas selamatkan dari rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM- Tindakan pantas seorang remaja lelaki dengan mendukung seorang lelaki warga emas berjaya menyelamatkan jiran itu daripada rentung dalam kebakaran di Jalan Masjid, Parit Satu Barat, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa, Sazeli Mat Arshad, 86, diselamatkan Muhammad Fahmi Zul Hakim Maulop, 19, ketika berada sendirian di rumahnya. 

Menurut Muhammad Fahmi, sewaktu kejadian dia berada di rumah neneknya iaitu kira-kira 100 meter daripada rumah Sazeli sebelum mendengar letupan kecil dan jeritan kebakaran. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, terkejut dengan situasi dia kemudiannya dapat melihat rumah Sazeli terbakar dan terus berlari ke situ. 

“Sebaik tiba, didapati Sazeli berada di beranda rumah dan sedang membuka pintu hadapan rumahnya. 

“Saya kemudiannya terus membantu membuka pintu itu sebelum mendukungnya keluar dari rumah itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Akibat kebakaran itu, Sazeli mendakwa kerugian hampir RM 80,000 berikutan rumah itu termasuk harta benda dan dokumen peribadi musnah sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Mohamad Khuzaimey Ibrahim berkata, seramai 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 1.25 petang. 

“Kita berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pukul 4.12 petang dengan dibantu lapan anggota dan sebuah jentera  dari BBP Sabak Bernam.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini