Dua sahabat nyaris maut MPV rempuh lori - Utusan Malaysia

Dua sahabat nyaris maut MPV rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 9 Mac – Dua sahabat nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori tiga tan dalam kejadian di kilometer 14 jalan Al Muktafi Billah Shah (AMBS) – Paka dekat sini, malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu lelaki berusia 25 tahun cedera di muka manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, kedua-dua sahabat itu dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Ketengah Jaya ke Paka dan kenderaan yang di percayai dipandu laju itu tidak sempat mengelak lori yang membawa muatan kira-kira 100 batang kayu pokok rambutan seberat 1.5 tan di hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perlanggaran itu menyebabkan berpuluh batang kayu pokok rambutan yang telah dipotong kepada bahagian kecil bertaburan di atas jalan raya.

Pemandu lori, Mohd. Nazri Abdul Ghani , 47, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang anak lelakinya yang berusia 25 tahun dalam perjalanan dari rumah di Bandar Ketengah Jaya menuju ke sebuah kilang kayu untuk menjual kayu berkenaan.

Bagaimanapun, tiba-tiba bahagian belakang lorinya dirempuh hingga menyebabkan anaknya yang duduk di bahagian penumpang terjatuh ke lantai kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Ketengah Jaya untuk menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini