City belum setanding Barcelona - Utusan Malaysia

City belum setanding Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 9 Mac – Pep Guardiola percaya, Manchester City sudah mengambil ‘langkah kecil’ untuk membina legasi, namun masih jauh di belakang bekas pasukan bimbingannya, Barcelona.

City menunjukkan kemajuan besar sejak diambil alih oleh hartawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan pada 2008, dan mengukuhkan kedudukan apabila Guardiola pula dibawa masuk, tiga tahun lalu.

Jurulatih Sepanyol itu membawa City muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, dan kini meletakkan mereka pada landasan mempertahankan gelaran selaku pendahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir pasukan ini menunjukkan kemajuan besar dalam tempoh sedekad dan mengorak langkah untuk membina legasi.

“Begitupun untuk dibandingkan dengan Barcelona, kami masih jauh.

“Sangat jauh dari segi sejarah, legasi dan banyak faktor lain. Kami amat jauh kerana baru sedekad berada di bawah pemilik baharu.

“Namun, kedudukan kami kini semakin baik dari hari ke hari,” katanya kepada media Britain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini