Pemimpin Melayu PH bagaikan watak ‘Davy Jones’? - Utusan Malaysia

Pemimpin Melayu PH bagaikan watak ‘Davy Jones’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBAT betul ‘semangat setiakawan’ pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) ‘senyap sunyi’ apabila pemimpin DAP melam­paui batas dalam me­ngulas kerjasama UMNO-Pas.

Pemimpin Bersatu hanya diam, pemimpin Melayu PKR menyepi manakala pemimpin Amanah membisu. Mereka membiarkan sahaja pemimpin DAP mengkritik dan me­nyerang UMNO-Pas yang ber­usaha menyatukan ummah.

Biarpun pemimpin UMNO-Pas sebangsa dan seagama dan kerjasama itu pasti memberi manfaat kepada umat Islam tetapi disebabkan mereka adalah musuh politik maka pemimpin Melayu PKR,Bersatu dan Amanah hanya ‘menikus’ – takut benar mereka untuk menegur DAP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetapi kita tidak perlu terkejut kerana nyawa politik kesemua parti itu bergantung kepada DAP, kalau DAP bertindak keluar PH, habislah kuasa mereka dalam kerajaan.
Oleh itu mereka lebih bersedia menjadi ‘penakut’ daripada kehilangan kuasa politik.

Tetapi sebelum pemimpin DAP bersuara menentang kerjasama berkenaan, pemimpin Melayu PKR, Bersatu dan Amanah paling lantang mengkritik kesepakatan itu namun mereka tidak berani menegur DAP yang dilihat membuat kenyataan berbaur perkauman.

Walaupun kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dibidas dan dikecam oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin politik bukan Melayu tetapi pemimpin Melayu dalam PH tidak berkata apa-apa, maklumlah ‘abang besar’ sudah bersuara.

Kalau begitulah keadaan­nya, apakah orang Mela­yu boleh menaruh harapan kepada golongan ter­­­­­­sebut bagi mem­bela nasib kaum itu dan mempertahankan agama Islam

Penulis yakin dalam PH ada pemimpin Melayu yang gelisah dan tidak puas hati de­ngan DAP tetapi mereka tiada kekuatan, ibarat watak Davy Jones dalam filem Pirate Of The Carribbean yang jantung­nya dipegang oleh orang lain.

Justeru, kalaulah ada orang Melayu masih berharap pemimpin-pemimpin Me­layu PH boleh membela nasib mereka lupakan sahaja.
Ini kerana sudah terbukti berdasarkan keberanian pemimpin-pemimpin DAP, kita boleh memahami siapa paling berkuasa dalam PH.

Jika pemimpin Melayu PH tidak bersetuju dengan fakta ini, tunjuklah keberanian dengan menegur sikap melam­pau DAP, jika tidak jangan marah kalau mereka dianggap sama seperti watak Davy Jones – hidup matinya ditentukan orang lain – dalam konteks politik PH fikirlah sendiri siapa penentu survival pakatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini