Undang Luak Jelebu diumum Isnin – Ibrahim - Utusan Malaysia

Undang Luak Jelebu diumum Isnin – Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 8 Mac – Mesyuarat para Dato’ Lembaga Delapan Luak Jelebu di sini semalam mengesahkan menerima se­narai calon yang ditapis dan disenarai pendek daripada sejumlah 30 benih (calon) untuk di­pilih sebagai Undang Luak Jelebu ke-16.

Senarai itu ditapis oleh Dato’ Lembaga talian adat, Dato’ Maharaja Inda Mohd. Nordin Mansor bersama buapaknya.

Dato’ Menteri Sah Mangku Alam Raja Sehari (Dato’ Menteri) Luak Jelebu, Ibrahim Harun berkata, senarai itu dikemukakan kepada para Dato’ Lembaga untuk diteliti berlandaskan amalan dan hukum adat di luak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…
IBRAHIM HARUN
IBRAHIM HARUN 

Beliau berkata, proses pencarian benih itu telah ditapis dan teliti, bukan saja perlu memenuhi syarat dan merit yang mereka kira layak sebelum diumumkan sebagai Ke­tua Adat Jelebu.

“Proses ini adalah sejajar dengan keputusan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan melalui surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 28 November lalu.

“Dalam surat itu, dewan berkenaan meminta proses mencari mata benih calon penyandang pesaka Undang Luak Jelebu ke-16 dimulakan semula mengikut aturan adat Luak Je­lebu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sejak itu, Ibrahim berkata, pihaknya melaksanakan pro­ses mencari mata benih mengikut amalan adat dan kini sampai peringkat akhir berbuat demikian.

Beliau memberitahu, para Dato’ Lembaga yang sah di­jang­ka membuat pengumuman nama penyandang Undang Luak itu pada Isnin ini.

Katanya, pihaknya akan menghubungi calon yang telah disenarai pendek untuk hadir bersama pada majlis pengumuman itu.

“Selepas pengumuman ini, satu majlis kerjan dan pemasyhuran Undang Luak Jelebu ke-16 akan diatur.

Ibrahim menarik perhatian, pengumuman itu dibuat kerana para Dato’ Lembaga berpendapat pengisytiharan Maarof Mat Rashad sebagai Undang Luak tidak sah kerana melanggar titian adat iaitu tidak melalui Dato’ Lembaga waris berundang yang sah, Dato’ Maharaja Inda, Mohd. Nordin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini