17 ulat parkir ditahan - Utusan Malaysia

17 ulat parkir ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Pendapatan lumayan mencecah RM350 sehari dengan bekerja sebagai ulat parkir akhirnya mengundang padah apabila 17 individu ditahan dalam Ops Ulat Parkir di sekitar ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, serbuan dilakukan Unit Risikan Operasi JSPT KL yang bermula pada pukul 12 tengah hari dan hingga 12 tengah malam.

“Operasi dijalankan di tiga lokasi tumpuan di Changkat Bukit Bintang, Pudu Sentral dan kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak dan kesemua yang ditahan berusia 24 hingga 64 tahun yang dipercayai bekerja sebagai ular parkir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ulat parkir ini mengenakan caj mengikut lokasi dengan RM10 hingga RM20 di sekitar kawasan pusar hiburan manakala sekitar pusat beli belah dan kedai makan pula dikenakan caj antara RM5 hingga RM10,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, hasil ujian air kencing terhadap ulat parkir juga mendapati empat daripada yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini