Peguam dakwa tindakan halau penduduk PPR Taman Manggis tidak sah - Utusan Malaysia

Peguam dakwa tindakan halau penduduk PPR Taman Manggis tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 8 Mac – Peguam yang mewakili seramai 22 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini mendakwa tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengusir penduduk terlibat sebagai tidak sah kerana dibuat tanpa perintah mahkamah.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengusiran penduduk itu juga dianggap pencerobohan dan bertentangan dengan Seksyen 7 (2) Akta Relif Spesifik 1950.

Malah, katanya, kerajaan negeri juga mengugut untuk mengunci penduduk di dalam rumah jika enggan bekerjasama ketika proses pengusiran pada Rabu lalu yang boleh dianggap satu perbuatan jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, menurutnya, dia sudah menghantar notis kepada kerajaan negeri berhubung perkara tersebut hari ini bagi memastikan nasib penduduk berkenaan dapat dibela.

“Untuk mana-mana tuan rumah atau tuan tanah mahu menghalau penyewa, mereka tidak boleh tiba-tiba datang dan halau tanpa perintah mahkamah.

“Jika berbuat demikian, mereka telah melanggar Perkara 13 iaitu hak terhadap harta di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka telah melakukan pencerobohan dan jenayah mengugut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam berkata, beliau juga bersedia membantu penduduk berkenaan sekiranya mereka membuat keputusan untuk menyaman kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini