Lebih 3,000 sertai Munajat dan Solat Hajat Perdana - Utusan Malaysia

Lebih 3,000 sertai Munajat dan Solat Hajat Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 7 Mac – Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong Pas menghadiri program Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Rusila di sini sebentar tadi.

Program anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu itu bertujuan memohon pertolongan daripada Allah bagi menghadapi cabaran fitnah dan serangan yang bersilih ganti terhadap parti itu termasuk dalam isu menerima wang sebanyak RM90 juta daripada UMNO.

Solat hajat itu diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, aturcara majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diikuti munajat, solat hajat perdana serta ucapan daripada Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Antara pemimpin yang hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang juga Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri, Satiful Bahri Mamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini