Wajib vaksin: Jakim akan bincang dengan dua kementerian - Utusan Malaysia

Wajib vaksin: Jakim akan bincang dengan dua kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelajaran mengenai kajian mewajibkan suntikan vaksin imunisasi ke atas kanak-kanak sebelum memasuki sesi persekolahan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jabatan itu sedia membantu kedua-dua kementerian berkenaan bagi meneliti cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi sebelum menetapkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut.

“Apabila seseorang kanak-kanak tidak mengambil suntikan vaksin imunisasi, dia boleh memudaratkan orang lain seperti mana kes yang berlaku baru-baru ini ada kanak-kanak meninggal dunia disebabkan jangkitan difteria.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari sudut ‘maqasid syariah’, (tanpa pengambilan vaksin) membahayakan nyawa orang lain, jadi kita perlu buat dasar mewajibkannya namun ia memerlukan fatwa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Townhall Maqasid Syariah peringkat negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini