NAGPUR 7 Mac – Seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh empat konduktor bas selama tujuh bulan sehingga menyebabkan remaja perempuan itu mengandung di sebuah bandar di Nagpur, Maharashtra, India di sini.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang belajar di sebuah kolej di Nagpur dikatakan berkenalan dengan salah seorang suspek ketika menaiki bas untuk ke kolejnya dan kemudian bertukar-tukar nombor telefon.
Lapor Times of India, mangsa pertama kali dikatakan dirogol pada 1 Julai 2018 oleh kenalan itu sebelum mengajak kawan-kawannya yang lain untuk turut. Khuatir perkara itu akan sampai ke pengetahuan keluarga, mangsa bertindak melarikan diri.
Bertindak atas laporan, polis menemui gadis itu di Raipur yang kemudian mendedahkan perkara sebelum. Susulan daripada itu, polis menahan empat konduktor bas. -AGENSI











