‘Alvin Chow’ direman empat hari - Utusan Malaysia

‘Alvin Chow’ direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Pemilik akaun Twitter menggunakan nama ‘Alvin Chow’ yang memuat naik hantaran menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi berkata, perintah reman untuk seorang lagi suspek yang menggunakan nama “Danny A’antonio Jr.” di laman Facebooknya pula masih dalam proses.

Beliau bagaimanapun memberitahu maklumat lanjut berhubung siasatan ke atas suspek akan dikeluarkan pihak Bukit Aman susulan siasatan kedua-dua kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun tersebut ditahan di Plaza Pudu dan Seri Kembangan, semalam.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini