16 hektar hutan bukit terbakar - Utusan Malaysia

16 hektar hutan bukit terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 7 Mac – Kira-kira 16 hektar kawasan hutan di Bukit Gua Tedung berhampiran Kampung Air Ganda dekat sini terbakar, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.34 pagi sebelum 18 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kebakaran.

Katanya, selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Pengkalan Hulu dan Taiping, operasi tersebut turut dibantu 12 kakitangan Jabatan Perhutanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklumat awal daripada orang awam mengatakan kebakaran berlaku di Bukit Laba namun selepas pemantauan bersama Jabatan Perhutanan dilakukan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Bukit Gua Tedung yang berketinggian 314 meter.

“Semasa sampai di lokasi kebakaran, api sedang marak dan merebak menghala ke Gunung 7. Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan dengan melakukan teknik pecah api (fire break) dan memadamkan bara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menghadapi kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran kerana perlu melalui kawasan cerun berbukit dan menyeberangi sungai.

“Anggota bergerak ke lokasi kejadian dengan melalui Bukit Laba. Setakat ini, api membakar dengan perlahan dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini