Pembubaran MAVCOM hanya khabar angin - Utusan Malaysia

Pembubaran MAVCOM hanya khabar angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengesahkan bahawa berita mengenai pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hanyalah khabar angin, dan entiti itu masih beroperasi seperti biasa.

“Ini hanya khabar angin,” katanya ketika ditanya sama ada ada cadangan untuk membubarkan suruhanjaya itu atau menggabungkannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau memberitahu, pemberita selepas melancarkan perkhidmatan bas ulang-alik Rapid Bus Sdn. Bhd dari stesen LRT Putra Heights ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan sedang menilai cadangan untuk membubarkan MAVCOM, dan fungsi-fungsinya akan diambil alih oleh CAAM. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini