Neymar berang keputusan penalti United - Utusan Malaysia

Neymar berang keputusan penalti United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Mac. – Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar anggap penalti dihadiahkan kepada Manchester United pada minit ke-94 yang menyaksikan kelab Perancis itu tewas dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sebagai keputusan mengaibkan.

Penyerang Brazil berusia 27 tahun itu berang dengan keputusan berkenaan selepas menyaksikan United mengesahkan tempat ke suku akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas jaringan penalti pada masa kecederaan itu.

Dalam perlawanan tersebut United memanfaatkan sepakan penalti pada masa kecederaan menerusi Marcus Rashford sekali gus membolehkan kelab Liga Perdana Inggeris itu menang dengan keputusan 3-1 dan melangkah ke suku akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat agregat 3-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini sesuatu yang mengaibkan, mereka meletakkan empat orang yang tidak tahu apa-apa berkenaan bola sepak untuk melihat ulang tayang VAR,” kata Neymar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini