PMB Invenstment, Etiqa jalin kerjasama strategik - Utusan Malaysia

PMB Invenstment, Etiqa jalin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – PMB Investment Bhd. (PMB Investment) menandatangani nota kolaborasi strategik bagi program keusahawanan syariah dengan Etiqa Family Takaful Bhd. (Etiqa) dalam usaha memantapkan perunding unit amanah (PUA) PMB Investment.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Tengku Ahmad Badlishah Raja Husin berkata, melalui kerjasama ini, Etiqa akan membantu PMB Investment memenuhi keperluan latihan PUA.

“Kerjasama strategik ini akan memberi ruang kepada PMB Investment bagi mendapatkan kepakaran teknikal daripada Akedemi Etiqa terutama bagi perkongsian pengetahuan mengenai jualan dan kepemimpinan,” katanya pada majlis menandatangai nota kolaborasi strategik tersebut di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Bhd., Zafri Ab. Halim dan Ketua Akademi Etiqa, Muhammad Adli Alias. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini