Alvin Chow direman esok - Utusan Malaysia

Alvin Chow direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Polis akan memohon perintah reman ke atas Alvin Chow yang ditahan kerana yang memuat naik status menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan.

“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohamad Fuzi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan niat memuat naik atau berkongsi kenyataan yang berbentuk provokasi serta menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini