APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman - Utusan Malaysia

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara semalam.

Bot nelayan asing terbabit ditahan sebuah kapal peronda APMM yang sedang mengadakan rondaan pada kedudukan kira-kira 47 batu nautika dari Tanjung Amin dekat sini pada pukul 1.20 pagi.

Pengarah Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, sewaktu ditahan, bot nelayan Vietnam tersebut dipercayai baru memasuki perairan negara untuk menangkap ikan secara haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berdasarkan hasil tangkapan yang didapati tidak berapa banyak iaitu kira-kira 20 kilogram ikan yu sahaja.

“Nelayan Vietnam seramai empat orang itu termasuk seorang tekong itu dipercayai menggunakan modus operandi bot klon sebagai helah bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, pemeriksaan mendapati kesemua nelayan tersebut gagal mengemukakan dokumen penjalanan dan lesen kebenaran menangkap ikan yang sah. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini