Gotong-royong cegah denggi USJ 2, Sabtu ini - Utusan Malaysia

Gotong-royong cegah denggi USJ 2, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Penduduk Subang Jaya dipelawa menyertai program Gotong-Royong Cegah Denggi USJ 2 yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield USJ 2/5, Selangor, Sabtu ini.

Program anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, ahli majlis dan ahli jawatankuasa penduduk MPSJ Zon 4.

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya berharap penduduk dapat turut serta dalam menjayakan usaha membasmi pembiakan nyamuk aedes di USJ 2.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, penduduk diminta memberi kerjasama untuk membenarkan pihak MPSJ memasuki kawasan kediaman bagi tujuan pemeriksaan dan pencegahan.

“Penduduk juga diingatkan tidak membuat sebarang cantasan atau menebang pokok serta membuang sampah pukal seperti perabot, tilam dan sebagainya pada hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya program itu diadakan berikutan 77 kes denggi dilaporkan di kawasan USJ 2 antara Januari dan 4 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini