AirAsia penerbangan rasmi Liga M - Utusan Malaysia

AirAsia penerbangan rasmi Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Bola sepak tempatan kini menaiki ke tahap lebih tinggi apabila AirAsia menandatangani kerjasama untuk menjadi syarikat penerbangan eksklusif rasmi bagi Liga Malaysia (Liga M) bagi tahun 2019 dan 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, AirAsia akan menawarkan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia, Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA seluruh Malaysia dan rantau ini.

AirAsia juga akan mempunyai hak untuk menjual tiket perlawanan sama ada secara tunggal atau dipakej dengan penerbangan dan tawaran hotel melalui airasiaredtix.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam berkata, pihaknya berasa teruja untuk melihat pasukan Liga Malaysia terbang bersama AirAsia bagi menghadapi perlawanan mereka.

“Siapa sangka sebuah syarikat Malaysia kini menjadi sebuah syarikat gergasi, dan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk 10 tahun berturut-turut, dan saya percaya kita boleh berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh Tony Fernandes dan pasukannya.

“Kami berharap kerjasama dengan syarikat terbaik dunia ini akan membawa sukan bola sepak tempatan ke tahap yang lebih tinggi selari dengan usaha kami untuk meletakkan Malaysia di peta bola sepak sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, bola sepak merupaksan salah satu sukan yang beliau gemari.

“Selain menaja Liga Junior KL AirAsia untuk memajukan sukan bola sepak belia di Lembah Klang, kami juga mempunyai pasukan belia kami sendiri iaitu PJ Rangers FC.

Baru-baru ini, kami turut menerbangkan penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan pusingan akhir Piala AFF di Bangkok dan Hanoi.

“Kerjasama MFL adalah satu peluang keemasan bagi AirAsia untuk terus menyokong sukan bola sepak negara.

“Kami amat berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam memberi inspirasi kepada generasi baharu dan menjadikan impian satu kenyataan bagi pemain, pasukan dan peminat sukan ini. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka di dalam penerbangan kami,” ujar Tony.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini