Saya tidak akan hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamed Nazri - Utusan Malaysia

Saya tidak akan hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi BN – Mohamed Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan beliau tidak akan hadir dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tindakan itu bagi memberi peluang kepada kepemimpinan tertinggi untuk membincangkan masalah dalaman parti komponen serta kedudukannya sebagai Setiausaha Agung BN.

“Jika cara ini (tidak hadir mesyuarat) boleh menyelesaikan masalah antara parti komponen dalam BN, saya akur.

“Saya akan bagi peluang sepenuhnya kepada mereka untuk bincang tentang isu-isu parti termasuk hasil kerjasama UMNO dengan Pas serta isu yang melibatkan kedudukan dan jawatan saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, MCA dan MIC menegaskan hanya akan menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sah bagi mengelakkan sebarang pertikaian undang-undang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kepemimpinan dua komponen BN menjelaskan, mesyuarat bersama MCA dan MIC semalam telah membuat ketetapan bahawa pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN adalah tidak mengikut Perlembagaan parti itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini