KUALA LUMPUR 6 Mac – Orang ramai dipelawa memeriahkan Karnival WKD (World Kidney Day) bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia di Padang Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah di sini Ahad ini.
Program anjuran Hospital Ampang dan Hari Tanpa Kenderaan MPAJ 2019 itu akan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya larian tiga kilometer (Costume Fun Walk) , zumba, pameran dan pemeriksaan kesihatan serta banyak lagi.
“Pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah jika datang dengan memakai kostum yang menarik.
“Terdapat juga pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak antaranya pertandingan mewarna, memanah, mini zoo, pertandingan memasak Chef Junior dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Norhayati di talian 019-3839 408 atau Bahagian Perhbungan Awam dan Sekretariat di 03-4285 7271. – UTUSAN ONLINE











