PDRM masih berusaha mengesan Jho Low - Utusan Malaysia

PDRM masih berusaha mengesan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihak polis tidak mempunyai butiran lokasi sebenar Jho Low dan usaha mengesannya masih dilakukan.

“Usaha mengesan dia (Jho Low) memang dilakukan dan ramai mendakwa Jho Low berada di China tetapi tiada kepastian berhubung dakwaan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain Jho Low, beberapa individu termasuk bapanya, Tan Sri Low Hock Peng juga diburu bagi membantu siasatan 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang PDRM kepada 9,988 pegawai dan anggota bagi tahun 2018 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi memberitahu siasatan berhubung 1MDB berjalan dengan lancar dan setiap kertas siasatan diberikan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kita mempunyai tempoh sehingga 16 Mei ini untuk menyimpan barang yang dirampas berhubung kes 1MDB sebelum ia diserahkan kepada pihak mahkamah.

“Semua siasatan lengkap diberikan kepada pejabat Peguam Negara dan tindakan lanjut akan dilakukan mengikut arahan yang diberikan oleh mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini