Pyongyang ‘bina semula’ tapak pelancaran satelit - Utusan Malaysia

Pyongyang ‘bina semula’ tapak pelancaran satelit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 6 Mac – Sejumlah aktiviti dikesan di sebuah tapak pelancaran senjata nuklear Korea Utara, sekali gus memberi gambaran bahawa Pyongyang mungkin bakal menghasilkan senjata nuklear baharu biarpun sebelum ini menyatakan komitmen untuk menghentikan program tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan beberapa imej satelit yang diperoleh Pusat Strategik dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) yang berpangkalan di Washington, negara itu melakukan beberapa kerja-kerja pembaikan di Stesyen Pelancaran Satelit Sohae.

Pyongyang sebelum ini pernah menggunakan stesyen tersebut untuk melakukan ujian pelancaran roket.

Aktiviti berkenaan dikesan berlaku dua hari selepas sidang kemuncak melibatkan pemimpin negara itu, Kim Jong-un dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini