JAKARTA 6 Mac – Ketua Umum Parti Nasional Demokrat, Surya Paloh menepis dakwaan bahawa calon pilihan raya Presiden nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi adalah seorang yang anti-Islam dan parti pimpinannya berlandaskan nama Islam semata-mata.

Portal berita Republika melaporkan, Suya menjelaskan perkara tersebut ketika beliau mengadakan pertemuan dengan kira-kira 105 ulama dan pemimpin sekolah agama yang datang dari Aceh di sini semalam.
“Sebelum ini timbul khabar angin bahawa jika Jokowi menang pilihan raya, laungan azan akan dihentikan, namun kini beliau adalah presiden Indonesia, adakah perkara itu (larangan azan) berlaku?
“Fitnah terhadap Jokowi terus berlaku biarpun secara jelas beliau tidak pernah mengeluarkan arahan yang tidak masuk akal itu,” katanya. – AGENSI











