Pogba, Lukaku bergaduh angkara penalti - Utusan Malaysia

Pogba, Lukaku bergaduh angkara penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mac – Paul Pogba dan Romelu Lukaku dilaporkan bergaduh dalam bilik persalinan selepas Manchester United menang 3-2 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, minggu lalu.

Kedua-dua pemain itu memainkan peranan penting ketika United mencatat kemena­ngan dalam perlawanan tersebut, walupun, penampilan Pogba tidak begitu dirasai terutama selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan. Bagaimanapun, kejayaan itu meletakkan United di kedudukan keempat mengatasi Arsenal.

Insiden tersebut, dilaporkan berpunca daripada Lukaku yang kecewa dengan Pogba yang bertindak mengambil sepakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan dia sedang memburu hatrik.

Bintang Belgium itu dilaporkan mengingatkan Pogba, bagaimana, dia memberi sokongan kepada pemain itu sewaktu mengharungi detik sukar semasa di bawah kendalian Jose Mourinho. Lukaku juga mendakwa, dia berpeluang melengkapkan hatrik sekiranya Pogba membenarkannya mengambil penalti tersebut.

Bagaimanapun, Pogba ber­tindak mengambil sepakan itu kerana dia adalah pemain bertanggungjawab melaksanakan tugasan tersebut. Ole Gunnar Solskjaer terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan.

“Keadaan agak tegang Romelu jelas tidak gembira. Dia ingatkan Pogba sewaktu di bawah kendalian Mourinho dan memaksa Ole menenangkan mereka,” kata sumber United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN